Jumaat, 28 Februari 2014

FAKTA SERUM


Serum merupakan salah satu product penjagaan kecantikkan yang perlu ada dalam simpanan anda.Penggunaan serum amat penting dan digalakkan menggunakannya bagi  merawat serta melindungi kulit wajah.

Serum digunakan bersama himpunan penjagaan kecantikkan yang lain.Ianya sangat bermanfaat,ini kerana serum membekalkan nutrien yang sangat baik  dan sememangnya menjadi keperluan kulit wajah.

Serum bertindak jauh kedalam lapisan kulit, dimana lapisan yang tidak dapat ditembusi oleh krim pelembab biasa.
MOLEKULNYA yang jauh lebih halus dari krim pelembab biasa memboleh
kannya menyalurkan bahan aktifnya ke dasar kulit yang paling dalam.Ianya mampu merawat masalah kulit yang dihadapi serta dapat menguatkan sel-sel kulit diwajah.

Serum adalah rawatan kecantikkan tambahan yang sangat berkesan dan dipercayai.Memberi tindak balas yang positif ke atas kulit wajah dan menjadikan kulit wajah lebih jernih,
sihat berseri.

Berikanlah yang terbaik untuk kulit anda dengan Sapuan serum selepas kulit disegarkan dengan penyegar.
Kemudian disapu pula dengan pelembab kegemaran anda!




Khamis, 27 Februari 2014

PEMERAH PIPI MAMPU MENYERIKAN WAJAH







Dengan pemilihan yang sesuai anda pasti mampu memiliki wajah yang cantik dan berseri! hanya dengan PEMERAH PIPI.

Langkah pertama sebelum membuat keputusan dalam memilih pemerah pipi,ketahui terlebih dahulu jenis kulit wajah anda.Buatlah keputusan berdasarkan jenis kulit anda bukan dengan melihat ke wajah orang lain.
Pilih perona pipi yang sesuai.

Terdapat 4 jenis pemerah pipi yang sering dan mudah didapati seperti

JENIS PADAT
Merupakan pemerah pipi paling umum dikenali.Pemerah pipi jenis ini dapat menghasilkan warna yang sangat nyata.Sesuai digunakan untuk semua jenis kulit,terutama yang memiliki kulit berminyak kerana dapat mengurangi
Minyak yang ada sepanjang dipakai.

JENIS KRIM
Memiliki tekstur lebih basah dan kerana itu,maka warna yang dihasilkan akan menyatu secara semulajadi dengan warna kulit wajah.
Jenis ini kurang sesuai digunakan bagi mereka yang memiliki kulit berminyak.
Ini kerana,ianya akan menjadikan wajah kelihatan basah atau berminyak.

JENIS GEL
Warna yang dihasilkan tidak terlalu nyata.Amat sesuai digunakan untuk pemakaian sehari-hari atau bagi mereka yang menyukai dandanan semulajadi dan sesuai untuk yang memiliki kulit jenis kering.

BALLS
Pemerah pipi yang berbentuk seperti bebola kecil.Sesuai digunakan untuk semua jenis kulit.


Pilihlah warna yang mampu membuatkan wajah terlihat lebih segar dan semulajadi.

Jika anda berkulit putih..pilihlah warna merah jambu yang tidak terlalu terang.

Bagi yang memiliki warna kulit sawo matang,cuba gunakan BLUSH ON dengan warna yang senada seperti coklat muda,orange atau bronze.
Agar wajah kelihatan lebih eksotik dan menarik!