Jumaat, 28 Mac 2014

MENGAPA POHON?





BAGAIKAN POHON

Ada manusia... diumpama seperti buah rambutan jantan.Apabila tiba musimnya ia berbunga seperti pokok rambutan yang lain.Lebat bunganya dan apabila kembang,wangi baunya....dan Kemudian...Datanglah kelutut dan kumbang menyedut madunya. Namun tatkala pohon-pohon rambutan yang lain berbuah lebat, maka disaat itulah rambutan "pondan" ini tidak berbuah.

Ada manusia... diumpama seperti buah manggis yang tidak pandai menyimpan rahsia,yang lurus dan terlampau dungu.Beberapa pangsa yang ada dibuntutnya maka sebanyak itulah isinya.Telinganya besar,tetapi sayang... Aduhai pekak. Getahnya kuning seperti emas lapan, Bila hampir masak jadi kehitaman. warna si manggis yang cukup masak,menjadi sebutan.Laksana kiasan "Hitam-hitam si tompok manggis, sungguh pun hitam,dipandang manis"

Ada manusia... diumpama enau-enau dalam belukar,berebut-rebut...semua nak naik ke atas.Masing-masing hendak menunjukkan pucuknya (egonya)

Ada manusia... diumpama seperti lalang..kemana angin bertiup,ke arah itulah dia tunduk dan longlai. Tetapi awas....! jangan dibiarkan membiak,akibatnya pohon-pohon lain akan lemah dan akhirnya mati. Lalang-lalang hanya segan kepada si gajah.Bila si gajah lalu,lalang pun layu...

Ada juga manusia.... diumpamakan seperti pokok rengas. Batangnya besar, dahannya banyak dan bercabang-cabang... Daun-daunnya lebat lagi rendang, Namun berjaga-jaga menghampirinya... Lalu dibawahnya tanpa salam, mengangkat tangan memberi hormat, berkata hai Datuk Rengas atau Tan sri Rengas,"izinkan anak cucu tumpang lalu" disemburnya dengan racun yang halus seperti angin yang tak terlihat. Akibatnya gatallah seluruh badan mereka yang bersikap kurang hajar dan tak sopan.Sehingga berkudis sebagai balasan.

Tak kurang juga manusia yang diumpamakan seperti pohon buluh. Semasa kecil berkain baju, bersopan santun.. Bila besar ia bertelanjang bogel. Beramai-ramai,berumpun-rumpun disepanjang lebuh raya dia ada, ditebing sungai dia ada, dilereng-lereng bukit pun dia Ada. Walau begitu banyak manfaatnya, dibuat ampaian kain boleh saja, pengait buah-buahan atau kelapa. Dijadikan  tiang menggantung sangkar, burung apa pun boleh... . Bukan sekadar itu sahaja,banyak lagi yang boleh dibuatnya.Senjata membunuh juga....dia.

Karya yang telah diubah suai untuk Kefahaman semua..

Idea dari hasil karya Ishak Haji Muhamad (Pak Sako) yang Telahpun kembali kerahmatullah pada 7 hb NOVEMBER 1991 dalam usia 82tahun.Dikebumikan di Pusara Kampung Tengah,Buntut Pulau,Temerloh Pahang. Al-Fatihah...