Khamis, 10 April 2014

TANYA SAMA POKOK






Tanya sama pokok apa sebab goyang, nanti jawab pokok angin yang goncang. tanya sama angin apa sebab goncang nanti jawab angin tanyalah awan.... Awan nanti kata aku kandung air, sampai tempat sejuk aku pun cair Lihat dalam air nampak bayang-bayang, campak satu batu bayang pun hilang..

Tanya sama pokok apa sebab goyang, nanti jawab pokok tanyalah pangkal, tanya sama pangkal apa sebab goyang, nanti jawab pangkal tanyalah hati.. Hati nanti kata aku tertanya jua, atau mungkinkah aku yang berdosa? Iman pun bersuara yakin pada esa, Percaya padanya(ALLAH)pasti kan reda.

Tanya sama hati apa sebab sayang, nanti jawab hati tanya maha penyayang... Dia nanti kata aku maha kuasa, termasuklah hati aku yang punya, Lihat dalam diri apa yang kau miliki, Itulah tandanya aku menyinta....

Tanya sama hati apa sebab resah, nanti jawab hati tanyalah akal, tanya sama akal apa sebab resah, nanti jawab akal kata tanyalah iman. Iman nanti kata aku dalam dahaga, Itulah tanda adanya dosa....

*Letihnya menunggu,penatnya merindu, Sirammilah aku dengan air matamu.. Moga hilang dahagaku...

Tanya sama hati apa sebab dosa, nanti jawab hati nafsu punya angkara, tanya sama nafsu mengapa begitu, Nanti jawab nafsu tanyalah nikmat.... Nikmat nanti kata haram itu syoknya, Sampai terlupa mati pasti tiba.

*Kotornya pakaian boleh tak perasan,

Tanya sama selera apa bestnya, nanti jawab selera tepuklah dada.. Tanya sama akal apa bagusnya, nanti jawab akal ada logik juga, Tanya sama iman apa ertinya, iman nanti kata ingatlah tuhan yang maha esa...




http://zuera2uplace.blogspot.com

Jumaat, 28 Mac 2014

MENGAPA POHON?





BAGAIKAN POHON

Ada manusia... diumpama seperti buah rambutan jantan.Apabila tiba musimnya ia berbunga seperti pokok rambutan yang lain.Lebat bunganya dan apabila kembang,wangi baunya....dan Kemudian...Datanglah kelutut dan kumbang menyedut madunya. Namun tatkala pohon-pohon rambutan yang lain berbuah lebat, maka disaat itulah rambutan "pondan" ini tidak berbuah.

Ada manusia... diumpama seperti buah manggis yang tidak pandai menyimpan rahsia,yang lurus dan terlampau dungu.Beberapa pangsa yang ada dibuntutnya maka sebanyak itulah isinya.Telinganya besar,tetapi sayang... Aduhai pekak. Getahnya kuning seperti emas lapan, Bila hampir masak jadi kehitaman. warna si manggis yang cukup masak,menjadi sebutan.Laksana kiasan "Hitam-hitam si tompok manggis, sungguh pun hitam,dipandang manis"

Ada manusia... diumpama enau-enau dalam belukar,berebut-rebut...semua nak naik ke atas.Masing-masing hendak menunjukkan pucuknya (egonya)

Ada manusia... diumpama seperti lalang..kemana angin bertiup,ke arah itulah dia tunduk dan longlai. Tetapi awas....! jangan dibiarkan membiak,akibatnya pohon-pohon lain akan lemah dan akhirnya mati. Lalang-lalang hanya segan kepada si gajah.Bila si gajah lalu,lalang pun layu...

Ada juga manusia.... diumpamakan seperti pokok rengas. Batangnya besar, dahannya banyak dan bercabang-cabang... Daun-daunnya lebat lagi rendang, Namun berjaga-jaga menghampirinya... Lalu dibawahnya tanpa salam, mengangkat tangan memberi hormat, berkata hai Datuk Rengas atau Tan sri Rengas,"izinkan anak cucu tumpang lalu" disemburnya dengan racun yang halus seperti angin yang tak terlihat. Akibatnya gatallah seluruh badan mereka yang bersikap kurang hajar dan tak sopan.Sehingga berkudis sebagai balasan.

Tak kurang juga manusia yang diumpamakan seperti pohon buluh. Semasa kecil berkain baju, bersopan santun.. Bila besar ia bertelanjang bogel. Beramai-ramai,berumpun-rumpun disepanjang lebuh raya dia ada, ditebing sungai dia ada, dilereng-lereng bukit pun dia Ada. Walau begitu banyak manfaatnya, dibuat ampaian kain boleh saja, pengait buah-buahan atau kelapa. Dijadikan  tiang menggantung sangkar, burung apa pun boleh... . Bukan sekadar itu sahaja,banyak lagi yang boleh dibuatnya.Senjata membunuh juga....dia.

Karya yang telah diubah suai untuk Kefahaman semua..

Idea dari hasil karya Ishak Haji Muhamad (Pak Sako) yang Telahpun kembali kerahmatullah pada 7 hb NOVEMBER 1991 dalam usia 82tahun.Dikebumikan di Pusara Kampung Tengah,Buntut Pulau,Temerloh Pahang. Al-Fatihah...

Jumaat, 28 Februari 2014

FAKTA SERUM


Serum merupakan salah satu product penjagaan kecantikkan yang perlu ada dalam simpanan anda.Penggunaan serum amat penting dan digalakkan menggunakannya bagi  merawat serta melindungi kulit wajah.

Serum digunakan bersama himpunan penjagaan kecantikkan yang lain.Ianya sangat bermanfaat,ini kerana serum membekalkan nutrien yang sangat baik  dan sememangnya menjadi keperluan kulit wajah.

Serum bertindak jauh kedalam lapisan kulit, dimana lapisan yang tidak dapat ditembusi oleh krim pelembab biasa.
MOLEKULNYA yang jauh lebih halus dari krim pelembab biasa memboleh
kannya menyalurkan bahan aktifnya ke dasar kulit yang paling dalam.Ianya mampu merawat masalah kulit yang dihadapi serta dapat menguatkan sel-sel kulit diwajah.

Serum adalah rawatan kecantikkan tambahan yang sangat berkesan dan dipercayai.Memberi tindak balas yang positif ke atas kulit wajah dan menjadikan kulit wajah lebih jernih,
sihat berseri.

Berikanlah yang terbaik untuk kulit anda dengan Sapuan serum selepas kulit disegarkan dengan penyegar.
Kemudian disapu pula dengan pelembab kegemaran anda!




Khamis, 27 Februari 2014

PEMERAH PIPI MAMPU MENYERIKAN WAJAH







Dengan pemilihan yang sesuai anda pasti mampu memiliki wajah yang cantik dan berseri! hanya dengan PEMERAH PIPI.

Langkah pertama sebelum membuat keputusan dalam memilih pemerah pipi,ketahui terlebih dahulu jenis kulit wajah anda.Buatlah keputusan berdasarkan jenis kulit anda bukan dengan melihat ke wajah orang lain.
Pilih perona pipi yang sesuai.

Terdapat 4 jenis pemerah pipi yang sering dan mudah didapati seperti

JENIS PADAT
Merupakan pemerah pipi paling umum dikenali.Pemerah pipi jenis ini dapat menghasilkan warna yang sangat nyata.Sesuai digunakan untuk semua jenis kulit,terutama yang memiliki kulit berminyak kerana dapat mengurangi
Minyak yang ada sepanjang dipakai.

JENIS KRIM
Memiliki tekstur lebih basah dan kerana itu,maka warna yang dihasilkan akan menyatu secara semulajadi dengan warna kulit wajah.
Jenis ini kurang sesuai digunakan bagi mereka yang memiliki kulit berminyak.
Ini kerana,ianya akan menjadikan wajah kelihatan basah atau berminyak.

JENIS GEL
Warna yang dihasilkan tidak terlalu nyata.Amat sesuai digunakan untuk pemakaian sehari-hari atau bagi mereka yang menyukai dandanan semulajadi dan sesuai untuk yang memiliki kulit jenis kering.

BALLS
Pemerah pipi yang berbentuk seperti bebola kecil.Sesuai digunakan untuk semua jenis kulit.


Pilihlah warna yang mampu membuatkan wajah terlihat lebih segar dan semulajadi.

Jika anda berkulit putih..pilihlah warna merah jambu yang tidak terlalu terang.

Bagi yang memiliki warna kulit sawo matang,cuba gunakan BLUSH ON dengan warna yang senada seperti coklat muda,orange atau bronze.
Agar wajah kelihatan lebih eksotik dan menarik!






Ahad, 2 Februari 2014

WANITA DAN KECANTIKKAN

Memiliki seraut wajah yang cantik menjadi idaman setiap wanita di dunia ini. Kulit licin,gebu,halus dan berseri serta bersih mampu membuatkan wanita tersenyum bahagia.
Kebanyakan wanita sanggup mengorban kan Wang Dan ringgit semata-mata untuk kelihatan cantik Dan menawan,mereka tidak keberatan untuk mengeluarkan wang demi Kecantikan diri.
Lumrah Wanita...
bahawasanya Kecantikan itu telah menjadi satu kepentingan yang tidak boleh dipandang remeh oleh mereka.
Tidak salah untuk kelihatan cantik..
Namun perlu berhati-hati dalam membuat pilihan ketika membeli sesuatu product kecantikkan.Pastikan product tersebut ada label halal/telahpun disahkan HALAL.
Jangan lupa juga pastikan bahan-bahan yang terkandung didalamnya,Adakah halal dan selamat untuk kulit?
Ini..penting!
Jangan kerana Cantik,sehingga kita lupa halal Dan haram.Itu salah...

" yang bagus tidak semestinya halal."
dan "yang halal itu sudah semestinya lebih baik"

Bukankah mencari yang Halal itu.. fardhu kifayah??

Berbalik pada persoalan tentang kecantikan,diceritakan Wanita zaman dahulu Juga Tak kurang hebat dalam merawat kecantikan.Mereka Mengamalkan petua Kecantikan dari bahan Alam semulajadi.
"fresh! And natural"
Inilah dia rawatan tradisional.
Sekali sekala rawatlah wajah dan tubuh anda dengan cara bahan alami yang sememangnya amat berkesan,dipercayai dan semulajadi....

Tip kecantikkan.
Membuat masker tomato.
Bahan-bahan:
-Sebiji Buah TOMATO
-2 sudu besar tepung pulut
Cara-caranya:
-Lenyek atau ramas Buah TOMATO hingga
Hancur di dalam satu bekas.
-Kemudian masukkan 2 sudu tepung pulut dan digaul Sehingga adunan menjadi sebati.
-okey Siap!
Anda boleh mula sapukannya diwajah,
Leher atau badan.
-Dibiarkan kering dalam 20 min atau sehingga benar-benar kering barulah dicuci bersih...
Manfaat Dan kebaikan masker TOMATO:
(awet muda)
-Melicinkan wajah
-Menyerikan wajah yang suram Dan letih
-memudarkan cela Dan parut diwajah
-melembabkan
-mengembalikan kesegaran wajah.
-Menegangkan kulit
-merapatkan pori yang terbuka Serta memperbaiki tisu-tisu kulit yang Rosak.
-mengawal minyak berlebihan.

Selain itu,masker TOMATO juga mempunyai banyak khasiat dimana sangat diperlukan untuk kulit kita.
(skin food)

Tip tambahan agar Kulit kembali segar dan bermaya:
-Dapatkan beberapa helaian sayur kobis
-dicuci bersih,dan ditumbuk sehingga
Hancur.
-kemudian sapukan diseluruh wajah yang telah dibersihkan.
-biarkan seketika
-lalu dibilas dengan air yang bersih.
P/s: Amalkan setiap pagi,sekurang-kurang
Seminggu sekali.

Khasiatnya:
-Mampu menyejukkan kulit wajah
-kulit terasa segar dan bersih
-menghilangkan kelesuan wajah
-melembabkan wajah




-awet muda

Jumaat, 4 Oktober 2013

PETUA KECANTIKAN

Wanita dan kecantikan memang tidak dapat dipisahkan.Itulah wanita..insan yang amat sukakan pada sesuatu yang cantik.

Bunga Harum..mekar mewangi,
adikku cantik berwajah suci,
tulus dan ikhlas menyayangi,
kaum hawa empunya diri

Sinar mentari menyinari,
menyuluh wajah yg tersembunyi terserlah kecantikan asli,
seraut wajah dipagi hari..

Diruangan ini..inginku berkongsi,
petua penjagaan diri dr alam semulajadi..


Petua2nya:-

1)Amalkan setiap jaga dari tidur pengambilan telur mentah.Klu dapat telur ayam kampung lagi bagus.. klu xde,telur ayam biasa pun boleh juga..cuma pastikan basuh dahulu telur tersebut dengan bersih ye.Mulakanlah dengan bismillahirahmanirahim. BAGUS UNTUK TENAGA DAN KESEGARAN DALAMAN SERTA DAPAT MENYERIKAN WAJAH(AWET MUDA)

2)Amalkan memakai bedak sejuk setiap malam.Klu risau bedak sejuk tu akan mengotorkan tmpt tidur,senang je.X perlu pki waktu tidur..Cuma gunakan sebelum masuk tidur.Guna seperti masker, biarkan 15-20@30min.
Kemudian cuci!.
Sudah semestinya semua dah tahu kegunaan bedak sejuk ni kan..!
Tapi xpelah..nk ulang lagi. BERMANFAAT MENCERAH DAN MENGHALUSKN KULIT WAJAH. SELAIN ITU MAMPU MEMUDARKAN CELA DIWAJAH. YANG PASTI BEDAK SEJUK NI, BANYAK KELEBIHANNYA. (penting:konsisten)

3)Ambil sedikit daun jambu batu,dan tumbuk @ geleng halus.Kemudian gunakan seperti scrub diwajah.Sental perlahan2..selama 10-15min.

(Pastikan daun jambu yg di tumbuk tadi Sedikit lembab.klu perlu,titik kan air sedikit je)

Setelah itu biarkan sebentar dan cuci bersih.Amalkan seminggu berturut2... MUJARAB UTK MEMUDARKAN PARUT ATAU CELA DIWAJAH.


Free Size & Plus Size Sexy Lingerie Online     

Ahad, 29 September 2013

AKU HANYA PEMINJAM

Inilah dia... antara koleksi HARRY POTTER. Sebenarnya aku tak baca pun buku ni, tengok CD je...  "BEST STORY" memang menarik!.

Suka sangat cerita jenis MAGIC dan FANTASY ni,best layan..

Tak sangkalah pulak my adik ipar peminat setia HARRY POTTER.Apa je yang kena mengena dengan HARRY POTTER Semua dia suka, semua dia simpan... Emmm..

Yang ni,dialah yang empunya...kita pinjam je!. So pendekkan cerita,aku pun mengambil Photo Novel berikut untuk dijadikan kenangan dan akhirnya aku telah membuat satu keputusan mengabadikannya disatu sudut iaitu di dalam blog ini dan akhirnya seperti inilah.. Aku hanya peminjam..

Itulah kisah yang sebenarnya...











QoinPro.com: Free Bitcoins every 24 hours