Ahad, 2 Februari 2014

WANITA DAN KECANTIKKAN

Memiliki seraut wajah yang cantik menjadi idaman setiap wanita di dunia ini. Kulit licin,gebu,halus dan berseri serta bersih mampu membuatkan wanita tersenyum bahagia.
Kebanyakan wanita sanggup mengorban kan Wang Dan ringgit semata-mata untuk kelihatan cantik Dan menawan,mereka tidak keberatan untuk mengeluarkan wang demi Kecantikan diri.
Lumrah Wanita...
bahawasanya Kecantikan itu telah menjadi satu kepentingan yang tidak boleh dipandang remeh oleh mereka.
Tidak salah untuk kelihatan cantik..
Namun perlu berhati-hati dalam membuat pilihan ketika membeli sesuatu product kecantikkan.Pastikan product tersebut ada label halal/telahpun disahkan HALAL.
Jangan lupa juga pastikan bahan-bahan yang terkandung didalamnya,Adakah halal dan selamat untuk kulit?
Ini..penting!
Jangan kerana Cantik,sehingga kita lupa halal Dan haram.Itu salah...

" yang bagus tidak semestinya halal."
dan "yang halal itu sudah semestinya lebih baik"

Bukankah mencari yang Halal itu.. fardhu kifayah??

Berbalik pada persoalan tentang kecantikan,diceritakan Wanita zaman dahulu Juga Tak kurang hebat dalam merawat kecantikan.Mereka Mengamalkan petua Kecantikan dari bahan Alam semulajadi.
"fresh! And natural"
Inilah dia rawatan tradisional.
Sekali sekala rawatlah wajah dan tubuh anda dengan cara bahan alami yang sememangnya amat berkesan,dipercayai dan semulajadi....

Tip kecantikkan.
Membuat masker tomato.
Bahan-bahan:
-Sebiji Buah TOMATO
-2 sudu besar tepung pulut
Cara-caranya:
-Lenyek atau ramas Buah TOMATO hingga
Hancur di dalam satu bekas.
-Kemudian masukkan 2 sudu tepung pulut dan digaul Sehingga adunan menjadi sebati.
-okey Siap!
Anda boleh mula sapukannya diwajah,
Leher atau badan.
-Dibiarkan kering dalam 20 min atau sehingga benar-benar kering barulah dicuci bersih...
Manfaat Dan kebaikan masker TOMATO:
(awet muda)
-Melicinkan wajah
-Menyerikan wajah yang suram Dan letih
-memudarkan cela Dan parut diwajah
-melembabkan
-mengembalikan kesegaran wajah.
-Menegangkan kulit
-merapatkan pori yang terbuka Serta memperbaiki tisu-tisu kulit yang Rosak.
-mengawal minyak berlebihan.

Selain itu,masker TOMATO juga mempunyai banyak khasiat dimana sangat diperlukan untuk kulit kita.
(skin food)

Tip tambahan agar Kulit kembali segar dan bermaya:
-Dapatkan beberapa helaian sayur kobis
-dicuci bersih,dan ditumbuk sehingga
Hancur.
-kemudian sapukan diseluruh wajah yang telah dibersihkan.
-biarkan seketika
-lalu dibilas dengan air yang bersih.
P/s: Amalkan setiap pagi,sekurang-kurang
Seminggu sekali.

Khasiatnya:
-Mampu menyejukkan kulit wajah
-kulit terasa segar dan bersih
-menghilangkan kelesuan wajah
-melembabkan wajah




-awet muda

Tiada ulasan:

Catat Ulasan